11 Februari 2011

DARI SUDUT HATIKU(NAS PUTRA)....

Hari ini aku belajar tentang erti suka dan duka..
Tentang kakakku yang telah bercerai dengan suami yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap isteri dan anak-anak..


Menjadi dayus kerana memukul wanita..mengabaikan anak-anak yang masih belum mengerti tentang kehidupan..
Tentang makan minum mereka..hal persekolahan.. Semuanya dibiarkan isteri yang memikul tanggungjawab..
Apakah jenis manusia jika punyai perilaku sebegitu?


Sebagai pak cik kepada anak-anak buahku,aku geram pabila kakak dan anak-anak buahku diperlakukan sebegitu. Kenapa dia tidak menggunakan akal fikiran yang Allah kurniakan? Kakakku terpaksa bekerja demi meneruskan kehidupan ditempat orang..Demi menyara anak-anak yang masih kecil..Tapi sampai bila harus tinggal ditempat orang?


Akhirnya,kakakku mengambil keputusan untuk balik ke kampung bersama anak-anak..
Aku gembira.. Sekurang-kurangnya disini ada keluarga yang akan memberi sokongan moral untuk membina kehidupan baru disisi anak-anak..


Aku telah pergi ke rawang untuk membawa mereka pulang.. Sebelum pulang,kakakku bertemu dahulu dengan seorang insan yang baik budinya..Seorang kawan yang telah dianggap seperti adik beradik sendiri..Dialah tempat kakakku mengadu segala hal..Dia telah banyak membantu kakakku..


Tapi apakan daya setiap pertemuan pasti ada perpisahan...Kehidupan perlu diteruskan..Aku terharu dan sedikit hiba disaat kakakku mendakap sahabat baiknya dengan tangisan...manakan tidak,dia akan meninggalkan  orang yang banyak membantunya..Tapi insyaAllah,hubunagn yang terjalin tidak akan terputus begitu saja..Mereka masih boleh berhubung melalui telefon..


Sekembalinya kakakku dikampung,aku harap kehidupannya bersama anak-anak akan lebih baik disini...InsyaAllah..


Kepada kawan-kawan Nas,ingatlah langit tidak selalu cerah...
Belajarlah untuk menyayangi insan yang lain...
Belajarlah untuk menjadi insan yang baik yang tidak hanya memikirkan tentang diri sendiri..
Belajarlah menjadi insan yang bertanggungjawab...


Akhir coretan...Jagadiri korang baik2... Nas syg korang semua...




Date: 11 Feb 2011
Time: Around 3PM
Place: Inside KTM RAWANG-SEREMBAN


Korang dah baca kan? komen la cikit...(^_^)

01 Februari 2011

HAPPY CHINESE NEW YEAR



Hello semua....disini Nas nak ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakyat malaysia yang berbangsa cina...Tapi sebenarnya tak kira la bangsa apa..We are malaysian ..sama2 kita merayakannya..Ermm tahun ni tahun arnab kan? Arnab kan comel...so sambut la dengan penuh harmoni ok...Yang nak balik kampung tu hati2 memandu...Kepulangan anda dinanti bukan untuk ditangisi ok...Pandulah dengan kesabaran...


Limau manderin memang sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina.. Kalau kita pergi ke kedai2 yang pemiliknya cina mesti diorang akan bagi limau untuk customer2 diorang..rasa best plak...huhu..



Tarian singa...

26 Januari 2011

....:::::Koleksi 2011::::....


Nas Putra (AGEN KAD-KADKAHWIN.COM)

kad-kadkahwin.com Greeting Wedding Card..adalah tranformasi yg dibawa oleh kami dalam industri ini..... dan itu adalah trend yg kami perkenalkan... Kami merupakan pelopor kepada kad kahwin yang berkonsep 'greeting'. Ianya dinamakn Greeting Wedding Card. Konsep yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia. Products:Kad kahwin customise..


....:::::Koleksi 2011::::....



Pada tahun 2011 kami memperkenalkan design yang lebih cantik,menarik,berkualiti dengan harga yang berpatutan
serta dengan 10 pilihan style..khas untuk bakal raja sehari..Diharap anda berpuas hati dengan perkhidmatan kami..

Design@Koleksi 2011 :







































  CINTA FACEBOOK (^_^)








HARGA?






Mempunyai 10 style & saiz berbeza




KATALOG (UTK AGEN SAHAJA)


Kami satu-satunya di Malaysia yang menampilkan kad-kad perkahwinan berkonsepkan "greeting cards" dengan rekaan yang unik dan kreatif yang menjanjikan kelainan pada kad perkahwinan anda. Dengan kad-kad yang berkualiti tinggi dan harga yang amat kompetatif berserta rekaan yang unik menjadikan kami pilihan no.1 di Malaysia.
Kepada bakal-bakal mempelai, buatlah persediaan awal. Tempahlah kad kahwin anda 2 bulan lebih awal untuk mengelakkan kelewatan. Kad jemputan sebagai pengganti diri, tempahlah kad perkahwinan yang bersesuaian dengan anda agar tetamu terasa dihargai. Akhir kata SELAMAT PENGANTIN BARU, dari kami di kad-kadkahwin.com dan Nas Putra (agen).
Silalah lihat koleksi kad terbaru dari kami....


Maklumat lanjut sms Nas Putra (agen kad-kadkahwin.com) di : 012-3654093 area melaka-alor gajah
Email : nashputra88@ymail.com...InsyaAllah saya akan menjawab pertanyaan anda..